PIERRE Gasly berjaya meraih kemenangan Formula Satu pertamanya semalam apabila memenangi Grand Prix Itali untuk pasukan Alpha Tauri di Monza, semalam.
Pemenang perlumbaan pertama dari Perancis dalam tempoh 24 tahun itu merebut peluangnya sekali gus menentang tekanan lewat Carlos Sainz dari McLaren bagi menuntut kemenangan kedua pasukannya dengan Lance Stroll yang sekadar menduduki tempat ketiga bagi Racing Point.
Ini adalah kemenangan kedua pasukan Alpha Tauri di Itali, yang pertama ketika beraksi sebagai Toro Rosso oleh Sebastian Vettel dan kemenangan F1 pertamanya dalam perlumbaan yang dilanda hujan pada 2008.
Pemilik petak pertama, Lewis Hamilton dalam perjalanan untuk mencatat kemenangan selesa sebelum penalti berhenti 10 saat dikenakan kerana melakukan pit stop ketika lorong pit ditutup yang menyebabkan juara dunia Mercedes itu berada di tempat terakhir.
Juara enam kali itu akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Gasly, merupakan pemandu dari Perancis pertama yang memenangi Grand Prix sejak Olivier Panis melakukannya di Grand Prix Monaco 1996.
Sainz yang bakal berpindah ke Ferrari berkata dia “kecewa di tengah jalan” dengan penamat podium pertamanya.
Lando Norris menduduki tempat keempat dalam McLaren kedua di hadapan Valtteri Bottas dari Mercedes dan Daniel Ricciardo dari Renault.
Walaupun dikenakan penalti, Hamilton masih berjaya melebarkan catatan rekodnya kepada 41 dalam kutipan mata berturut-turut.
Dia kini mempunyai kelebihan 47 mata ke atas Bottas dalam perlumbaan mengejar kejuaraan keseluruhan.
Ferrari mengharungi satu lagi hujung minggu yang menghampakan dengan pemenang tahun lalu daripada petak pertama Charles Leclerc yang terselamat daripada kemalangan berkelajuan tinggi menyebabkan gangguan bendera merah selama 25 minit.
Juara empat kali Vettel yang akan meninggalkan Ferrari akhir musim ini, mengundurkan diri setelah mengalami kerosakan brek sementara Max Verstappen dari Red Bull juga bersara dengan masalah enjin. – AFP