Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Garisan sempadan tidak mampu memisahkan budaya serumpun
  • Utara
  • WILAYAH

Garisan sempadan tidak mampu memisahkan budaya serumpun

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERUMPUN BERSATU…Henry Sum mengajak masyarakat pribumi di Sarawak dan Borneo terus bersatu membangun bersama.

LAWAS: Kesepakatan rakyat mampu menjadi kekuatan yang menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan.

Ahli Parlimen Lawas yang juga Penaung Persatuan Lun Bawang, Dato Henry Sum Agong berkata, masyarakat kaum asal di Borneo merupakan saudara serumpun yang mampu bergerak bersama menjana pembangunan secara muafakat.

“Seperti yang saya selalu katakan, kita yang hadir pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu rumpun di Pulau Borneo. Sama ada di Kalimantan, Brunei mahupun Sabah, kita ialah satu rumpun. Yang memisahkan kita hanyalah garisan sempadan. Namun, sempadan itu bukan penghalang untuk kita terus bersatu seperti hari ini.

“Saya, bagi pihak persatuan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran semua. Saya tidak menjangka sambutan yang begitu ramai dan meriah. Ini membuktikan wujudnya kesepakatan, kerjasama dan usaha bersama ke arah masa depan yang lebih baik dan cemerlang,” katanya pada Majlis Sambutan Irau Aco Lun Bawang Sarawak Kali Ke-39 di Taman Awam Lawas, hari ini.

Beliau berharap masyarakat kaum asal di Borneo terus bersatu dalam mencapai matlamat bersama demi kesejahteraan semua.

Henry turut melahirkan rasa bangga melihat kehadiran pemimpin masyarakat Melayu, Lun Bawang dari seluruh Pulau Borneo serta masyarakat Iban yang bersama-sama memeriahkan Sambutan Irau Aco Lun Bawang kali ini.

Menurutnya, kesepakatan itu menjadi petanda positif yang mampu memperkukuh kerjasama masyarakat pribumi di Pulau Borneo ke arah masa depan yang lebih baik dan sejahtera.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Program semarak kemerdekaan hayati nilai kemerdekaan, perkukuh perpaduan
Next: 132 warga SK Ulu Entaih sertai program keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.