Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Garis panduan tatacara masuk Sarawak
  • TEMPATAN

Garis panduan tatacara masuk Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SAMPAIKAN LAPORAN… Datuk Amar Douglas Uggah menyampaikan laporan harian Covid-19 di Sarawak.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memutuskan beberapa keputusan bagi tatacara kemasukan ke Sarawak, semalam

Pengerusinya iaitu Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, bagi semua warganegara Malaysia dan bukan warganegaraMalaysia yang datang dari atau melalui Sabah yang ingin datang ke Sarawak, mereka perlu mengisi secara Online “EnterSarawak” dengan menyertai dokumen sokongan yang diperlukan dan membuat ujian Covid-19 (rT-PCR test) tiga hari sebelum perjalanan.

“Arahan ini berkuatkuasa mulai Isnin 21 September 2020,” katanya.

Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia yang menggunakan penerbangan dari Pulau Pinang, mereka akan di ambil Ujian Covid-19 secara rawak setiba di Lapangan Terbang Kuching.

“Bagi rakyat Sarawak yang pulang dari Luar Negara, mereka akan di kuarantin di “First Point of Entry” di Sarawak dan mereka tidak

dibenarkan untuk transit ke destinasi terakhir,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media laporan harian Covid-19 di Sarawak di Bangunan Dun Lama, disini.

Beliau menambah bagi rakyat Sarawak yang perlu berulang alik ke Brunei dan Sabah untuk tujuan kerja, mereka perlu mengambil surat khas dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing masing (Miri dan Limbang).

“Mereka juga dikehendaki mengambil ujian Covid-19 tiap tiap 2 minggu di samping sentiasa mengamal SOP yang telah

disediakan oleh KKM.

“Bagi pekerja sektor minyak dan gas yang perlu pergi ke pelantar minyak dan telah berada di Sarawak selama 30 hari, tidak perlu untuk mengambil ujian Covid-19.

“Bagaimanapun bagi Pekerja dari luar Sarawak, mereka perlu mengambil ujian Covid-19 dan mematuhi SOP yang sedia ada,” katanya.

Uggah berkata, bagi pekerja asing di dalam Sektor Pembinaan, Peladangan dan Pelajar Asing dibenarkan masuk ke Sarawak dengan syarat mempunyai Permit kerja atau Pengajian yang masih sah, perlu memohon kepada JPBNS (case by case) dan isi

‘EnterSarawak’ secara online.

“Kos kuarantin selama 14 hari dan ujian Covid-19 sebanyak dua kali dibiayai oleh Syarikat/Pelajar/Institusi berkenaan.

“Syarikat/Institusi perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pekerja dari Pintu Masuk (point of Entry ke Pusat

Kurantin),” katanya.

Uggah memaklumkan beberapa sektor dibenarkan beroperasi iaitu SPA bayi, dbenarkan beroperasi dengan menerima pakai SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan

Perumahan Sarawak (MLGH).

“Lumba Kuda dibenarkan beroperasi dengan memerima pakai SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).

“Pembukaan Pusat Rekreasi dan Sukan di bawah Majlis Perbandaran Kuching Selatan dibenarkan beroperasi dengan menerima pakai SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH),” katanya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Jangan segan bertemu pemimpin GPS
Next: Pembayaran SST bukti perjuangan GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.