
MAKKAH: Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggesa jemaah haji agar mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan pencegahan bagi memastikan pengalaman tawaf yang lancar dan selamat sepanjang musim haji tahun ini (1446H).
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), garis panduan yang disyorkan termasuk memastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi, serta berehat apabila merasa letih bagi mengelakkan keletihan haba.
Garis panduan lain termasuk mengelakkan kawasan yang sesak demi keselamatan diri dan orang lain, menggunakan payung bagi melindungi diri daripada strok haba, serta memakai pelitup muka di kawasan sesak untuk mengurangkan risiko jangkitan.
-Bernama