Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan internet Lawas: Aduan meningkat, Ahli Parlimen bawa isu ke Parlimen
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan internet Lawas: Aduan meningkat, Ahli Parlimen bawa isu ke Parlimen

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO kredit Facebook Lawas Facebook Community.

LAWAS: Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi, khususnya internet, di Daerah Lawas menjadi topik paling hangat diperkatakan sepanjang minggu ini.

Exco Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Steve Lius, yang dihubungi mengesahkan bahawa beliau menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan berhubung masalah itu, mewakili Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

“Ya, memang banyak aduan diterima dan kami mohon isu ini dibawa terus kepada kementerian yang bertanggungjawab. Kita telah memasukkan perkara ini dalam ucapan Dato Henry Sum dan turut bertemu dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan segera,” katanya kepada media ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga mahu penjelasan yang telus berhubung punca sebenar gangguan internet yang semakin teruk hingga menjejaskan pelbagai perkhidmatan harian.

“Ada pengguna mengadu tidak dapat membeli petrol pada harga rendah kerana sistem pembayaran tidak dapat berfungsi akibat masalah internet. Ini bukan isu kecil kerana ia menjejaskan kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Steve yang juga Setiausaha Sulit kepada Dato Henry Sum Agong berkata, semua isu rakyat yang dikumpulkan akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lawas dalam sesi perbahasan Parlimen minggu hadapan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Bertemu Pelanggan IPD Miri terima sambutan hangat
Next: Kerjasama JKKK, Tuai Rumah penting sebagai jambatan antara penduduk, kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.