Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gangguan bekalan elektrik di San Francisco jejas 130,000 isi rumah
  • GLOBAL

Gangguan bekalan elektrik di San Francisco jejas 130,000 isi rumah

Utusan Sarawak 8 hours ago
GANGGUAN bekalan elektrik berskala besar melanda San Francisco hari ini, menjejaskan kira-kira 130,000 isi rumah dan premis perniagaan.

SAN FRANCISCO: Gangguan bekalan elektrik berskala besar melanda San Francisco hari ini, menjejaskan kira-kira 130,000 isi rumah dan premis perniagaan, lapor Xinhua.

Menurut laman sesawang Pacific Gas and Electric Company (PG&E), gangguan pertama dilaporkan berlaku kira-kira 9.40 pagi (1740 GMT), menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada kira-kira 15,000 pelanggan domestik dan komersial.

Gangguan kedua bermula sekitar 10.10 pagi (1810 GMT), dengan peta gangguan dalam talian PG&E pada awalnya menunjukkan kira-kira 25,000 pelanggan terjejas.

Syarikat itu kemudian mengemas kini peta berkenaan, menunjukkan skop gangguan terus meluas dan menjejaskan kira-kira satu pertiga daripada pelanggan syarikat itu di bandar berkenaan.

Jabatan Bomba San Francisco memaklumkan bahawa kebakaran berlaku di dalam sebuah pencawang PG&E di bandar itu pada petang Sabtu, sekali gus mencetuskan sekurang-kurangnya sebahagian daripada gangguan bekalan elektrik berkenaan.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, PG&E berkata pihaknya “bekerjasama dengan pasukan penyelamat dan pegawai bandar berhubung gangguan bekalan elektrik di San Francisco yang menjejaskan 130,000 pelanggan.”

Setakat 5.30 petang (0130 GMT Ahad), seorang jurucakap PG&E berkata syarikat itu masih belum dapat memberikan anggaran masa pemulihan bekalan elektrik di mana-mana bahagian bandar berkenaan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: “Mesin basuh manusia” dipamer di Ekspo Osaka akan dijual pada 2026
Next: 97 penerbangan dibatal, lebih 200 lagi lewat di Lapangan Terbang Delhi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.