Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual libatkan beberapa kawasan di Sebuyau
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air tidak berjadual libatkan beberapa kawasan di Sebuyau

Utusan Sarawak 5 hours ago
GANGGUAN bekalan air tidak berjadual melibatkan beberapa kawasan di Sebuyau bermula 2.00 petang tadi, susulan gangguan bekalan elektrik ke Loji Rawatan Air Sebuyau. Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya. Foto JBALB

SEBUYAU: Beberapa kawasan di Daerah Sebuyau, Bahagian Samarahan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 2.00 petang hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB) ke Loji Rawatan Air Sebuyau.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu notis memaklumkan, operasi loji rawatan air terpaksa dijalankan pada kadar minimum dengan menggunakan set janakuasa (genset) susulan gangguan bekalan elektrik tersebut.

Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan menyebabkan sebahagian kawasan dijangka mengalami gangguan tekanan air rendah serta bekalan air yang tidak menentu sepanjang tempoh gangguan.

Antara kawasan terjejas termasuk Pasar Sebuyau, Kampung Baru, Kampung Hulu, Kampung Lot, Kampung Masjid, Kampung Sawmil, Jalan GiatMARA, Kampung Seberang, Kampung Tebeluk, Kampung Bajong, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Bulan, Kampung Senayang, Kampung Kelait, Kampung Lunying serta kawasan sekitarnya.

JBALB Sarawak memaklumkan, operasi loji rawatan air akan kembali beroperasi seperti biasa sebaik sahaja bekalan elektrik SEB pulih sepenuhnya, dan bekalan air akan disalurkan semula secara berperingkat kepada pengguna di kawasan terlibat.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan pihak jabatan akan berusaha memastikan gangguan bekalan dapat diselesaikan dengan segera.

Sebarang pertanyaan atau aduan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau JBALB Samarahan di talian 082-673809.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Aktiviti Festival Dong Zhi kukuh perpaduan masyarakat majmuk
Next: Ikan terusan 1.015kg, Bohari Ali juara Joran Bidek Edisi Istimewa 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.