Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Seduku, Lingga
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Seduku, Lingga

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS JBALB memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual di Seduku dan Lingga. Foto JBALB

LINGGA: Penduduk di kawasan Seduku dan kawasan berdekatan di Daerah Lingga, Bahagian Sri Aman, dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7.30 malam ini sehingga kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan tersebut adalah bagi memberi ruang kepada kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja baik pulih metering pump Soda Ash yang mengalami masalah teknikal di Loji Rawatan Air (LRA) Seduku.

“Pihak JBALB akan berusaha memastikan gangguan ini dapat diselesaikan dalam kadar segera, dan pemulihan bekalan air akan dilakukan secara berperingkat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Pihak JBALB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman web rasmi di https://jbalb.sarawak.gov.my.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengurusan Tokong Tian Yun Gong Roban ucap terima kasih UNIFOR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.