Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Saratok akibat kebocoran paip utama
  • Tengah
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Saratok akibat kebocoran paip utama

Utusan Sarawak 4 weeks ago

SARATOK: Penduduk di seluruh daerah Saratok dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6.30 petang hari ini.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, berkata ini susulan insiden kebocoran paip utama berukuran 600mm jenis MSCL di Stesen Pam Penggalak Melupa.

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat sebaik kerja-kerja tersebut disiapkan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” kata jurucakap JBALB dalam satu kenyataan.

JBALB menerusi kenyataan sama turut merakamkan permohonan maaf atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran para pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat projek jalan konkrit siap dibina
Next: Sungai Sebiew perlu ditebat segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.