
KUCHING: Lembaga Air Kuching (JBALB) memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Daerah Lundu bermula 9.00 pagi, hari ini sehingga kerja selesai.
Menurut notis yang dikeluarkan, kawasan terjejas melibatkan sebahagian pengguna di Pasar Lundu, Berek Hospital Lundu, Medan Selera, Majlis Daerah Lundu, stesen Petronas dan Shell, Kampung Dagang serta kawasan sekitar.
Gangguan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja baik pulih paip utama yang pecah berhampiran bangunan Majlis Daerah Lundu.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
JBALB memaklumkan pihaknya akan memastikan kerja pembaikan diselesaikan dengan secepat mungkin dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang rasmi jbalb.sarawak.gov.my.
Oleh Shikin Mahmud