Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bau bermula malam ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bau bermula malam ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air di Bau bermula malam ini hingga Rabu

BAU: Beberapa kawasan di Daerah Bau dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini hingga Rabu, mulai 9.00 malam sehingga kerja-kerja selesai.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), gangguan itu melibatkan Bahagian Kuching, khususnya di daerah ini.

Antara kawasan terjejas ialah sepanjang jalan dari Kampung Serieng, Kampung Bogag, Kampung Duyoh, Kampung Pinomu, Kampung Serikin, Kampung Serasot, Kampung Sebobok, Kampung Plaman Buow, Kampung Skibang serta Kampung Stass.

JBALB memaklumkan gangguan berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ‘flow profiling’ paip utama pam di sepanjang jalan menuju ke Kampung Stass dan Kampung Serikin.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak JBALB turut memberi jaminan bahawa usaha akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan ini adalah amat dikesali. Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang rasmi jbalb.sarawak.gov.my.

Continue Reading

Previous: Kejayaan besar PDRM Lawas tumpas sindiket dadah
Next: Majlis Perbandaran Kota Samarahan sita kenderaan terbiar di Desa Ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.