Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual di Asajaya hingga awal pagi esok
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Asajaya hingga awal pagi esok

Utusan Sarawak 3 hours ago
BEBERAPA kawasan di Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 4.15 petang ini hingga 4.00 pagi esok. Foto JBALB

KOTA SAMARAHAN: Beberapa kawasan di Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 4.15 petang ini hingga 4.00 pagi esok bagi membolehkan kerja-kerja teknikal dijalankan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

JBALB Sarawak dalam satu notis memaklumkan, gangguan tersebut melibatkan seluruh kawasan Sadong Jaya, Kampung Sungai Bilis, Kampung Ranggang, Kampung Tanjung Kelaso, Kampung Sungai Putih, Kampung Rangawan serta kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada pihak JBALB menjalankan aktiviti penakungan air dan kerja-kerja pencarian paip bocor.

“Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan ini,” menurut notis berkenaan.

JBALB Sarawak turut memberi jaminan bahawa usaha pembaikan akan dilaksanakan dengan kadar segera dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan terjejas.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan berkenaan adalah amat dikesali. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau JBALB Samarahan di 082-673809 untuk maklumat lanjut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS naik taraf lantai keselamatan taman permainan Taman Kuching 
Next: Kursi Datuk Amar Juma’ani pacu kepimpinan wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.