Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air di Serian, 29 Julai ini
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air di Serian, 29 Julai ini

Utusan Sarawak 21 hours ago
GANGGUAN bekalan air berjadual pada 29 Julai ini bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Serian. Foto JBALB

SERIAN: Penduduk di beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 29 Julai ini bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa gangguan itu akan melibatkan beberapa kawasan di daerah Serian. 

Kawasan terlibat termasuk Kampung Pancho Melayu, Kampung Tian Mawang, Kampung Tian Sekawan, seluruh Jalan Lama Kuching/Serian Batu 29, Jalan Palah serta sepanjang Jalan Kuching/Serian dari Batu 26 hingga Batu 31 dan kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air berjadual ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kebocoran paip bersaiz 225 milimeter jenis HDPE serta kerja penggantian “sluice valve” bersaiz 200 milimeter diameter di Batu 29, Jalan Kuching Serian Lama.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan serta menghubungi pihak JBALB jika memerlukan maklumat lanjut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Machan bakal miliki kolam bot kawalan jauh pertama di Malaysia
Next: ADUN Kabong tampil sampaikan sumbangan kerusi roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.