Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air di Lawas, 23 September ini
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air di Lawas, 23 September ini

Utusan Sarawak 4 days ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual. Foto JBALB

LAWAS: Penduduk di kawasan Lawas, khususnya dari Simpang Jalan Punang hingga Kuala Lawas (Kampung Serdang), termasuk kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan Lawas Light Industrial Area dinasihatkan mengambil langkah awal berikutan gangguan bekalan air berjadual pada esok hari.

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan bekalan air dijadualkan bermula 8.00 pagi sehingga 3.00 petang susulan kerja-kerja pembaikan injap paip bersaiz 335mm jenis HDPE yang sedang dijalankan.

Pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya bagi memenuhi keperluan sepanjang tempoh gangguan.

Pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak menegaskan bahawa gangguan ini akan diselesaikan secepat mungkin dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terjejas.

Segala kesulitan yang timbul akibat gangguan ini amat dikesali oleh pihak jabatan serta sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari https://jbalb.sarawak.gov.my/.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpustakaan Awam Marudi ditutup sementara 29 September hingga 1 Oktober ini
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.