Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air di Jalan Jebong, Taman Mawar, Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air di Jalan Jebong, Taman Mawar, Bau

Utusan Sarawak 18 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air.

BAU: Beberapa kawasan di Daerah Bau, khususnya di Jalan Jebong dan Taman Mawar, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini bermula 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan ini berlaku bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan paip bocor bersaiz 200 AC oleh kontraktor yang dilantik di Taman Mawar, Jalan Jambusan.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi menampung keperluan harian sepanjang tempoh gangguan.

JBALB Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya akan berusaha memastikan gangguan bekalan dapat diselesaikan secepat mungkin, dan pemulihan akan dilakukan secara berperingkat.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan kepada Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau Pejabat JBALB Bau di 082-767141 (waktu pejabat sahaja). Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang https://jbalb.sarawak.gov.my.

JBALB Sarawak memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran pengguna yang terjejas.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngiling Tikai IPD Julau meriah, perkukuh jalinan PDRM, komuniti
Next: Kemas kini: Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau ditunda 3 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.