Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual libatkan Kampung Senibong, Bau hari ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual libatkan Kampung Senibong, Bau hari ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual hari ini, bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang. 

BAU: Penduduk di seluruh Kampung Senibong (KPG Senibong) dan kawasan sekitarnya di daerah ini dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual hari ini, bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), gangguan tersebut melibatkan kawasan di bawah Bahagian Kuching, khususnya di daerah ini.

JBALB memaklumkan gangguan itu adalah bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk melaksanakan kerja-kerja penyambungan paip bersaiz 160 milimeter jenis HDPE.

Kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibong dan Tanjong Bowang, Bau.

Sehubungan itu, pengguna yang terjejas dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

JBALB turut memberi jaminan bahawa segala usaha akan dilakukan bagi memastikan kerja-kerja disiapkan dengan segera dan bekalan air akan dipulihkan semula secara berperingkat sebaik kerja selesai.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan tersebut adalah amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang rasmi jabatan berkenaan.

Continue Reading

Previous: Jadi penjamin pinjaman rakan, lelaki hampir dipaksa bayar RM40,000
Next: Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.