
BINTULU: Penduduk di beberapa kawasan di Ulu Sebauh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Sabtu ini, 25 April 2026, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan tersebut melibatkan Kampung Banyai, Rumah Eloh (RH Eloh), Rumah Selanjat (RH Selanjat) serta Rumah Olen (RH Olen) di Jalan Ulu Sebauh.
Gangguan bekalan air itu bagi memberi laluan kepada kerja penyambungan paip bersaiz 150 milimeter di lokasi lintasan pembetung di Kampung Banyai, Jalan Ulu Sebauh.
Sehubungan itu, pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan.
JBALB memaklumkan bahawa segala usaha akan diambil bagi memastikan kerja-kerja tersebut disiapkan dengan segera dan bekalan air dipulihkan secara berperingkat sebaik sahaja kerja selesai.
Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali. Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian pusat panggilan JBALB Sarawak di 082-262211.
Oleh Faizah Muzidi