
MIRI: Beberapa kawasan di daerah Subis akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Khamis, 7 Ogos 2025, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kawasan yang terjejas melibatkan Jalan Sim Kheng Hong, Tanjung Belipat, Pengkalan Lobang serta Taman Negara Niah.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), gangguan ini bagi memberi laluan kepada kerja penyambungan paip di bawah projek penggantian paip Jalan Sim Kheng Hong, Batu Niah yang dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dilantik.
Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan.
JBALB turut memberi jaminan bahawa gangguan akan diselesaikan secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas.
Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali dan pihak JBALB menghargai kerjasama semua pihak.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau layari laman web https://jbalb.sarawak.gov.my.