Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air berjadual di Sematan pada 4 julai
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air berjadual di Sematan pada 4 julai

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS… Gangguan bekalan air berjadual pada 4 Julai 2025 bagi kawasan daerah kecil Sematan dikeluarkan oleh JBALB Sarawak susulan kerja-kerja naik taraf bekalan air di bawah Program Grid Bekalan Air Sarawak (Fasa 2).

KUCHING: Bekalan air akan mengalami gangguan sementara di kawasan daerah kecil Sematan pada 4 Julai ini (Jumaat) dari 2.00 petang hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf bekalan air oleh kontraktor terlibat.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan projek Program Grid Bekalan Air Sarawak, Kawasan Terjejas (Phase 2) di Sematan, Lundu.

Ia melibatkan penutupan sementara bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sematan yang dijangka memberi kesan kepada semua pengguna di kawasan terbabit.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan. 

JBALB turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan berusaha memastikan gangguan dapat diselesaikan dalam tempoh yang dinyatakan serta memohon kerjasama pengguna agar bersabar dan memahami situasi berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melalui laman sesawang dan media sosial rasmi jabatan itu.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Empowering young women through faith and leadership
Next: Gawai celebration a testament to unity and cultural pride, says Tan Kai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.