Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau Isnin ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau Isnin ini

Utusan Sarawak 20 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual dikeluarkan JBALB melibatkan beberapa kampung di Daerah Sebuyau pada 12 Januari 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip.

KOTA SAMARAHAN: Beberapa kawasan di Daerah Sebuyau, Bahagian Samarahan akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Isnin ini, 12 Januari 2026 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip.

Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), gangguan tersebut melibatkan kawasan Kampung Senayang, Kampung Sangki Iban, Kampung Sangki Melayu, Kampung Tebelu, Kampung Bajong Hulu, Kampung Bajong Hilir, Kampung Bajong Tengah, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Bulan, Kampung Kelait, Kampung Emperan Buloh, Kampung Ketimbung, Kampung Belimbing Besi, Kampung Lunying serta kawasan sekitarnya.

JBALB memaklumkan kerja-kerja berkenaan melibatkan penyambungan paip bersaiz 280 milimeter (mm) HDPE PN 12.5 di Kampung Sago serta paip bersaiz 160 mm HDPE PN 12.5 di Kampung Bulan.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan berkenaan

JBALB turut memberi jaminan bahawa segala usaha akan dilaksanakan bagi menyiapkan kerja dengan segera dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terjejas sebaik kerja selesai.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan tersebut amat dikesali. Orang ramai boleh menghubungi talian Careline JBALB Samarahan di 082-673809 atau Pusat Panggilan JBALB Sarawak di 082-262211 untuk maklumat lanjut.

Continue Reading

Previous: Hakisan tebing punca ban pecah di Kampung Manggut, JPS cadang bina tembok cerucuk kepingan
Next: Wanita warga emas hilang, operasi SAR hari ketiga di Balingian ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.