Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Kanowit

Utusan Sarawak 19 hours ago
NOTIS… Kerja pemindahan lubang pemeriksaan dan paip utama oleh kontraktor Khey Realty Sdn. Bhd. di hadapan Balai Polis Kanowit akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual bermula 25 Ogos, hari ini.

KAPIT: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air berjadual di Daerah Kanowit bermula 8.00 malam ini sehingga kerja pemindahan siap sepenuhnya.

Menurut kenyataan JBALB, gangguan itu bagi memberi laluan kepada kontraktor Khey Realty Sdn. Bhd. melaksanakan kerja pemindahan lubang pemeriksaan dan paip utama jenis Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) bersaiz 225mm yang terletak di hadapan Balai Polis Kanowit.

Antara kawasan terjejas ialah Jalan Kanowit-Durin, SMK Kanowit, Rumah Canggat, Rumah Gata, Rumah Alexander, Rumah Dennis, Rumah Tihau, Rumah Roland, Kampung Baru Ranan, TR Kujat, SK Ulu Ranan, Jalan Perlupusan Sampah, Rumah Tanjung, Jalan Germai, Rumah Albert, Rumah Boniface dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, JBALB menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan, manakala bekalan akan dipulihkan secara berperingkat sebaik sahaja kerja siap.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau pejabat JBALB Sibu di talian 084-259100 pada waktu pejabat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: NSJA lancar operasi pembersihan laut, teguh lindungi terumbu karang Miri-Sibuti
Next: Peniaga di Sarikei diwajibkan miliki lesen perniagaan sah – MDS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.