Gangguan bekalan air berjadual di Jalan Bintulu-Tatau

Facebook
WhatsApp

BINTULU: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) memaklumkan akan berlaku gangguan bekalan air berjadual pada 4 November 2025 (Selasa) bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di beberapa kawasan sekitar Jalan Bintulu-Tatau.

Menurut kenyataan JBALB, gangguan itu melibatkan seluruh kawasan dari Rumah Lampoh sehingga Rumah Micheal dan Simpang Setiam hingga Memorial Hills, Jalan Bintulu-Tatau.

Gangguan sementara ini bertujuan memberi laluan kepada kontraktor Projek Rakyat bagi melaksanakan kerja-kerja penyambungan paip berukuran 255mm ke 280mm HDPE di kawasan Rumah Lampoh, Jalan Bintulu-Tatau.

JBALB menasihatkan pengguna terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan dijalankan.

Oleh Amanda L