Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan Serian 24 Julai ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan Serian 24 Julai ini

Utusan Sarawak 2 days ago
NOTIS… Notis gangguan bekalan air berjadual melibatkan beberapa kawasan dalam Daerah Siburan, Serian pada 24 Julai ini.

SERIAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual akan berlaku pada 24 Julai 2025 (Khamis) bermula 10.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya melibatkan beberapa kawasan dalam Daerah Siburan, Bahagian Serian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBALB Sarawak, gangguan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja pengisian air ke Tangki Simpanan Bukah, yang akan dilaksanakan oleh pihak jabatan berkenaan.

Antara kawasan terjejas termasuk seluruh kawasan Tapah, Beratok, Jalan Padawan, Kampung Tijirak, kawasan Kerumboi-Kuang Toop, Kampung Sariq-Tabuan Rabak serta sebahagian kawasan Serian.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan.

JBALB Sarawak akan berusaha memastikan kerja berkaitan dapat diselesaikan dengan segera dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melalui laman sesawang rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my/.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rebut peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFuture Jobs, Kampus MPI
Next: Penutupan sementara laluan Jambatan Batang Mukah untuk kerja penyelenggaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.