
BAU: Penduduk di beberapa kampung sekitar daerah ini dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air berjadual pada Isnin, 29 September, bermula 11.00 pagi hingga 6.00 petang.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas meliputi seluruh Kampung Stengang, Kampung Sepadah, Kampung Stum Muda, Kampung Stungkor, Kampung Raso 1 dan 2, Kampung Bokah serta kawasan sekitarnya.
Menurut kenyataan itu, gangguan sementara tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan paip bocor bersaiz 355mm HDPE di Kampung Stengang.

Sehubungan itu, pengguna terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menampung keperluan sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.
“Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali,” jelas kenyataan itu.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau Pejabat JBALB Bau di talian 082-767141 (waktu pejabat sahaja) atau melayari laman sesawang rasmi di https://jbalb.sarawak.gov.my/.
Oleh Shikin Mahmud