Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air akibat paip pecah di kawasan Jalan Alwi
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air akibat paip pecah di kawasan Jalan Alwi

Utusan Sarawak 8 hours ago

MENINJAU… Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng meninjau lokasi paip pecah berhampiran lampu isyarat Jalan Alwi sambil diberi taklimat oleh pasukan teknikal.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng hari ini melawat lokasi kejadian paip pecah berhampiran lampu isyarat Jalan Alwi yang menyebabkan gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan sekitar.

Menurut beliau, insiden berkenaan berlaku dalam zon pembinaan Projek Transit Aliran Autonomi Kuching (KUTS) Laluan Biru, Pakej 2, dan telah mengakibatkan tekanan air rendah serta gangguan bekalan sepenuhnya di beberapa kawasan termasuk Jalan Bayor Bukit, Jalan Keranji, Jalan Urat Mata dan kawasan perumahan berhampiran.

“Paip yang pecah telah dikenal pasti dan diasingkan. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal di lokasi terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PRIHATIN… Lori tangki air dari Lembaga Air Kuching (KWB) digerakkan ke kawasan terjejas bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih susulan insiden paip pecah berhampiran Jalan Alwi.

Tambah beliau, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) turut bekerjasama rapat dengan Lembaga Air Kuching (KWB) yang telah menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi memastikan penduduk memperoleh bekalan air bersih sepanjang tempoh gangguan.

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penduduk dan para peniaga. Pasukan pembaikan memberi jaminan bahawa kerja-kerja sedang dilaksanakan secepat dan sebaik mungkin demi keselamatan serta kemudahan semua,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kesabaran orang awam dan menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut memandangkan kerja-kerja pembaikan masih diteruskan.

Turut hadir Ahli Majlis, Cr Eric Tay, Cr Judith Kho, Cr Liew Yeong Yee dan Cr Albert Tay.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk kecewa lori berat rosakkan jalan utama kampung
Next: 120 peserta meriahkan ‘Program MDLA Once Upon A Library’ di SK Nanga Kesit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.