Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan air tidak berjadual jejas kawasan Kanowit hari ini
  • WILAYAH

Gangguan air tidak berjadual jejas kawasan Kanowit hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
NOTIS gangguan bekalan air tidak berjadual. Foto JBALB

KANOWIT: Beberapa kawasan sekitar Kanowit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10.30 pagi hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan paip oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Menurut kenyataan JBALB, gangguan tersebut melibatkan kawasan sepanjang Jalan Wayang, Market Baru Kanowit, Kanowit Garden, Kampung Pisang, Kampung Hilir dan kawasan sekitarnya.

Gangguan ini bertujuan memberi laluan kepada kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja pembaikan kebocoran pada paip jenis HDPE bersaiz 160 mm yang terletak di Jalan Wayang, Kanowit.

Pihak JBALB memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan bekalan air akan disambung semula secepat mungkin selepas kerja selesai.

Sehubungan itu, penduduk terjejas disarankan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan merujuk kepada JBALB sekiranya memerlukan maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian Pusat Khidmat Pelanggan JBALB Sarawak di 082-262211 atau melalui media sosial rasmi JBALB Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja baik pulih paip punca gangguan bekalan air tidak berjadual di Lubok Antu
Next: Kerajaan GPS telah bertindak memakmurkan rakyatnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.