Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan air di Sibu akibat paip bocor, penggunaan luar biasa
  • Tengah
  • WILAYAH

Gangguan air di Sibu akibat paip bocor, penggunaan luar biasa

Utusan Sarawak 1 day ago
SIDANG MEDIA… Abdul Malik (tengah) pada sidang media hari ini.

SIBU: Masalah gangguan bekalan air yang melanda kawasan Kemuyang, Sibu Jaya, Kem Rascom dan sekitarnya sejak dua minggu lalu dikenal pasti berpunca daripada kebocoran saluran paip utama serta peningkatan luar biasa penggunaan air di beberapa premis utama.

Pengurus Besar Lembaga Air Sibu (LAS), Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit berkata siasatan mendapati penggunaan air yang tinggi di Hospital Sibu dan Lapangan Terbang Sibu berkemungkinan disebabkan kebocoran dalaman.

“Penggunaan air di Hospital Sibu meningkat dua kali ganda daripada 0.5 juta liter sehari (MLD) kepada 1.0 MLD, dengan bil bulanan melonjak daripada RM15,000 kepada RM30,000. 

“Ini memberi petunjuk jelas bahawa kebocoran mungkin berlaku,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, penggunaan air di Lapangan Terbang Sibu juga meningkat daripada 0.3 MLD kepada 0.6 MLD, dan tidak menolak kemungkinan wujud kebocoran di premis itu.

Sehubungan itu, katanya, LAS telah mengambil langkah mengawal aliran air ke kedua-dua premis berkenaan bagi memastikan bekalan ke kawasan perumahan tidak terus terjejas.

“Langkah ini perlu bagi menstabilkan tekanan air di kawasan seperti Kemuyang, Sibu Jaya dan Kem Rascom,” jelasnya.

Abdul Malik berkata, tekanan air di Sibu Jaya mula menunjukkan pemulihan sejak dua hingga tiga hari lalu, walaupun beberapa kawasan di altitud tinggi masih mengalami gangguan.

Beliau juga menambah bahawa pihak hospital dan lapangan terbang telah dimaklumkan mengenai situasi berkenaan dan kerja pembaikan dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Jika kebocoran dalaman tidak diperbaiki segera, tekanan air akan kekal rendah dan kami tiada pilihan selain terus mengawal aliran bagi menstabilkan bekalan di kawasan lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kebocoran paip, beliau berkata lebih 60 peratus kawasan di Sibu berada di atas tanah gambut, yang menyebabkan saluran paip mudah mendap dan pecah, khususnya paip yang berusia lebih 30 tahun.

“Purata dua kes kebocoran paip utama dan lima kes paip komunikasi (paip yang disambung ke kawasan rumah) berlaku setiap hari. Secara keseluruhan, lebih 210 kes kebocoran direkodkan setiap bulan di seluruh Sibu,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang memerlukan bantuan penghantaran air menggunakan tangki atau ingin melaporkan insiden kebocoran untuk menghubungi talian hotline LAS di 013-8106311.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KPDN Limbang perluas program kepenggunaan di kawasan luar bandar
Next: 33 Projek diluluskan BDDA Sektor Pembangunan Agro Pertanian di DUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.