Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan air di beberapa kawasan Sibu bermula 10.00 malam ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Gangguan air di beberapa kawasan Sibu bermula 10.00 malam ini

Utusan Sarawak 1 day ago
LOKASI paip air pecah.

SIBU: Beberapa kawasan di sekitar Sibu akan mengalami gangguan bekalan air bermula 10.00 malam ini. Sarawak Water Sdn Bhd (SWSB) dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu berlaku susulan kebocoran pada paip utama di hadapan Ngu Chung Beng dan Lorong Salim 19.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 12 jam,” menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas ialah Jalan Stabau/Jalan Kong Yit Khim hingga ke Jalan Nibong Tada dan Durin, Jalan Salim hingga ke Jalan Pedada/Jalan Dr Wong Soon Kai, Jalan Ling Kai Cheng hingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Ling Kai Cheng/Ulu Sungai Merah dan Jalan Lada hingga ke bandar Sibu serta semua kawasan perkampungan.

Selain itu, Jalan Brooke Drive hingga ke Jalan Teng Chin Hua, Jalan Quarry hingga ke Jalan Pasai Siong, Jalan Wawasan hingga Bawang Assan dan Jalan Teku Lama hingga Jalan Ding Lik Kong.

Sehubungan itu, SWSB menasihati pengguna di kawasan terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Pihak kami akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas,” tambahnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Talikhidmat SWSB 013-810631.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Daerah Saratok sertai Kempen Tandas Awam Bersih KPKT 2025
Next: Grolite galak orang ramai derma darah sempena Program CSR pada 24 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.