Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan air berjadual di Daerah Subis 28 Ogos ini
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan air berjadual di Daerah Subis 28 Ogos ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual oleh JBALB Sarawak bagi beberapa kawasan di Daerah Subis pada 28 Ogos 2025.

SUBIS: Beberapa kawasan di Daerah Subis akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 28 Ogos ini dari 6.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gangguan itu bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan Pengukur Aliran Elektromagnetik DN300 di Stesen Pam Penggalak Ladang 3 oleh kontraktor yang dilantik.

Antara kawasan terjejas ialah Booster Penggalak Ladang 3, 5K Kelapa Sawit No. 4, Rumah Jambai, Rumah Majang, Rumah Humphrey, Rumah Jeli, Rumah Lingu, Rumah Duat, Rumah Richard Pie, Rumah Kudang, Rumah Ridun, Rumah Empading, Rumah Misson dan Rumah Baie.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan, manakala bekalan dijangka kembali pulih secara berperingkat selepas kerja siap dilaksanakan.

JBALB dalam kenyataan itu turut menzahirkan kekesalan atas kesulitan yang timbul dan meminta pengguna yang memerlukan maklumat lanjut menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang rasmi jabatan tersebut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM3.61 juta diperuntuk atasi banjir di Jalan Ling Kai Cheng, siap awal tahun depan
Next: Azmi Morshidi dilantik Pengerusi baharu JKP Masjid Bandar Sri Aman 2026–2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.