Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Ganding bahu banteras penyalahgunaan dadah
  • STAIL

Ganding bahu banteras penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Program Dialog Lebih Baik Cegah – Pemberdayaan Masyarakat atau ‘Community Empowerment’.

PENYALAHANGUNAAN dadah merupakan isu yang tidak asing lagi di negara kita.

Umum tahu kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.

Gejala negatif ini bukan sahaja merugikan individu itu, malah memberi kesan tidak baik kepada negara.

Oleh itu, usaha membanteras gejala ini memerlukan sokongan masyarakat sekeliling walaupun terdapat agensi ditubuhkan untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini.

Setiap lapisan masyarakat perlu sentiasa berganding bahu menghentikan gejala penyalahgunaan dadah.

Baru-baru ini,  Agensi Antidadah Kebangsaan  (AADK)  Daerah Miri bersama Biro Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) kawasan Penghulu di bawah Platform One Stop Committee (OSC) Bagi MIDS Daerah Miri telah menganjurkan Program Dialog Lebih Baik Cegah – Pemberdayaan Masyarakat atau ‘Community Empowerment’.

Program sehari  itu diadakan di sebuah  hotel  terkemuka  di  sini  dengan  mematuhi Prosedur  Operasi  Standard (SOP)  yang telah ditetapkan.

Program  itu  disertai  seramai 50 orang yang terdiri  daripada  ketua-‘ketua masyarakat dan Badan  Bukan  Kerajaan  (NGO), PEMADAM, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Skuad Antidadah, Kenosis dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK).

Program  itu diadakan  bertujuan  meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah dan menyedarkan komuniti termasuk pemimpin-pemimpin komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program atau aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan di dalam komuniti masing-masing.

Selain  itu, memberikan pendedahan mengenai trend dan ancaman dadah semasa yang perlu ditanggani bersama.

Majlis  penutupan program tersebut  telah  dirasmikan  oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Dalam  ucapannya, Ting  berkata semua masyarakat wajar  ada kesedaran tentang  bahaya  penyalahgunaan dadah.

“Program ini  diharap mampu memberikan input kepada komuniti untuk merangka strategi dan menyediakan pelan tindakan mengikut keperluan dan trend penyalahgunaan dadah semasa dan kawasan masing-masing,” ujarnya.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Tudung saji Biah dapat sambutan luar biasa
Next: Keunikan Air Terjun Tekiwit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.