Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Galeri Tok Nan terus jadi simbol perpaduan, aspirasi kebudayaan Sarawak
  • TEMPATAN

Galeri Tok Nan terus jadi simbol perpaduan, aspirasi kebudayaan Sarawak

Utusan Sarawak 17 hours ago
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama dif-dif kenamaan lain memotong riben sebagai simbolik perasmian Galeri Tok Nan di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) di Bintulu, semalam.

BINTULU: Galeri Tok Nan di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) akan terus menjadi simbol perpaduan dan aspirasi kebudayaan Sarawak, selaras dengan visi dan semangat Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa hayatnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, galeri yang ditubuhkan pada 2019 itu menjadi wadah untuk mendalami pemikiran dan perjuangan Allahyarham, termasuk usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Walaupun Allahyarham hanya memimpin Sarawak selama dua tahun lapan bulan, kesannya sangat mendalam kepada negeri ini. 

“Tok Nan tidak pernah bersikap pilih kasih, malah disenangi semua lapisan masyarakat,” katanya selepas merasmikan Galeri Tok Nan di Perpustakaan UPMS di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim, galeri itu bukan sekadar ruang pameran, malah menjadi pusat penyelidikan, penganjuran program seni dan budaya, serta platform pengajian akademik berkaitan legasi Tok Nan.

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama dif-dif kenamaan lain melihat bahan pameran di Galeri Tok Nan, UPMS, Bintulu.

Kerajaan Sarawak melalui kementerian beliau telah menyalurkan RM2.5 juta untuk tujuan itu termasuk pembiayaan biasiswa pelajar pascasiswazah di peringkat PhD dan sarjana.

“Saya berharap galeri ini dapat diperluaskan pada masa hadapan. 

“UPM juga diharap dapat menjalankan lebih banyak kajian berkaitan pemikiran dan wawasan beliau untuk masa depan Sarawak,” katanya.

Galeri Tok Nan ditubuhkan dengan sokongan penuh Kerajaan Sarawak bagi mengabadikan sumbangan dan warisan pemikiran bekas Ketua Menteri itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Christopher Gira sambut baik cadangan tanding Ketua Pemuda PRS Oktober ini
Next: Hujan lebat landa Kuching sekitar 3.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.