SEOUL: Phablet terbaharu keluaran Samsung Electronics Co, Galaxy Note 20, mungkin menjadi peranti mudah alih 5G termurah, dalam usaha syarikat meningkatkan penjualan telefon bimbit di tengah-tengah pandemik, memetik sumber pada Khamis.
Menurut sumber itu, Samsung mungkin menjual Galaxy Note 20 pada harga 1.199 juta won (AS$993) di Korea Selatan, dengan model ultra mewahnya berharga 1.452 juta won, lapor agensi berita Yonhap.
Siri Galaxy Note 20 dijangka mula dijual di Korea Selatan pada 21 Ogos.
Andai harga itu benar seperti diperkatakan, Galaxy Note 20 bakal menjadi telefon bimbit Samsung 5G termurah.
Galaxy Note 10, keluaran tahun lalu, terjual 1.248 juta won di negara ini, dengan model Galaxy Note 10 Plus berharga 1.397 juta won manakala model yang dilengkapi penyimpanan 512 gigabait (GB) dijual pada harga 1.496 juta won.- Bernama