Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Galaxtikos juara Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo Mukah 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Galaxtikos juara Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo Mukah 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
TAHNIAH…Pasukan Galaxtikos muncul juara dalam Pertandingan Futsal Tabo 2025 di Gelanggang Kampung Tabo Mukah. Foto : JIKU JUGUONG

MUKAH: Pasukan Galaxtikos muncul juara Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo Mukah 2025 selepas menewaskan pasukan Black Gasper 2 dengan jaringan 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Tabo, hari ini.

Pasukan Black Gasper 1 meraih tempat ketiga selepas menewaskan KTU FT, juga menerusi sepakan penalti dengan keputusan 2-1.

UNTUK KENANGAN…Pasukan-pasukan yang berjaya dalam Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo mengabadikan kenangan bersama AJK pengelola pertandingan. Foto: JIKU JUGUONG

Sebagai juara, pasukan Galaxtikos membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat. Naib juara menerima RM700 dan pingat, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memperoleh RM500 serta RM300 bersama pingat.

Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sukan Tabo dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tabo Mukah.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Sibujaya rai 30 tahun, dari kampung kecil ke bandar satelit moden Sarawak
Next: 32 sekolah sertai Kursus Latihan Beyblade Train of Trainer di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.