Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Galakan kepada pelajar terus berusaha capai kejayaan
  • PENDIDIKAN

Galakan kepada pelajar terus berusaha capai kejayaan

Utusan Sarawak 11 hours ago
CEMERLANG… Rakaman gambar kenangan selepas Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang 2024 di Dewan SMK Melugu, dekat sini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima insentif akademik sekali gus mengangkat kejayaan mereka sebagai bukti usaha gigih serta sokongan padu ibu bapa dan guru.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para ibu bapa serta tenaga pendidik yang disifatkan sebagai tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan pelajar terus menyerlah.

Tahun ini merupakan tahun kedua pemberian insentif kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam serta Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 

Inisiatif itu katanya diyakini mampu menjadi galakan kepada anak-anak muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

 CEMERLANG… Whelton Lumpoi yang mewakili ADUN Bukit Begunan semasa hadir pada Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang 2024 di Dewan SMK Melugu, dekat sini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Pelajar yang memperolehi keputusan 8A ke atas menerima insentif bernilai RM500, manakala pelajar dengan keputusan 7A ke bawah menerima RM200 sebagai tanda penghargaan.

Mong menegaskan kepentingan hubungan kerjasama yang erat antara pengetua dan guru bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta berdaya saing di sekolah.

Katanya, kerjasama mantap semua pihak dalam komuniti pendidikan bukan sahaja memacu prestasi pelajar, tetapi juga membina budaya sekolah yang positif dan inklusif.

 CEMERLANG… Whelton Lumpoi yang mewakili ADUN Bukit Begunan semasa hadir pada Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang 2024 di Dewan SMK Melugu, dekat sini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Khas, Whelton Lumpoi semasa Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang 2024 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, dekat sini.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar Sarikei teroka dunia digital di TEGAS Digital Village

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.