Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Galak penduduk bina keluarga elak Sarawak capai status negeri tua  
  • Tengah
  • WILAYAH

Galak penduduk bina keluarga elak Sarawak capai status negeri tua  

Utusan Sarawak 1 month ago
INSENTIF… Tiang merakam kenangan bersama para penerima Insentif Pendidikan, Insentif Pengantin Baru dan Insentif Baru Lahir pada majlis berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, menyalurkan dana sebanyak RM105,100 di bawah pusat khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan.

Dana tersebut untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan tersebut (DUN Pelawan) di bawah tiga kategori iaitu Insentif Pendidikan (25 penerima), Insentif Pengantin Baru (80 penerima), dan Insentif Baru Lahir (192 penerima). 

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyerahan insentif tersebut malam tadi, Michael memberitahu, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan penduduk di kawasannya membina keluarga dan mempunyai anak bagi membantu mengelak Sarawak menjadi negeri yang semakin tua. 

“Saya tidak mempunyai angka yang tepat, tetapi saya percaya kira-kira 16 peratus penduduk kita di Sarawak adalah warga emas, dan jumlah ini semakin meningkat,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu juga berkata, kerajaan Sarawak mempunyai visi yang besar untuk masa depan iaitu memberi tumpuan kepada tenaga hijau, aeroangkasa, dan industri lain.

“Bagaimanapun, tanpa generasi muda, negeri ini akan menghadapi kekurangan tenaga kerja. 

“Kami memerlukan ramai bakat muda. Sebab itu Sarawak telah memperkenalkan pelbagai inisiatif, termasuk pendidikan tinggi percuma pada 2026, Bantuan Ibu Bersalin (BIB), dan simpanan RM1,000 Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk setiap anak yang dilahirkan di Sarawak,” katanya. 

Michael mengakui bahawa membina keluarga dan membesarkan anak-anak dalam iklim ekonomi yang mencabar hari ini bukanlah mudah, tetapi menekankan bahawa ia penting untuk masa depan Sarawak. 

“Oleh itu, sebahagian besar hasil yang dijana oleh kerajaan Sarawak dilaburkan kepada generasi masa depan kita,” katanya.

Beliau berkata, pada 2024, seramai 269 bayi baru lahir di Pelawan menerima insentif, manakala 92 pasangan pengantin menerima insentif, dan 25 individu menerima insentif pendidikan. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima sekeluarga diselamatkan dari kedaifan
Next: Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot ekspres

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.