Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Gajet moden ubah kehidupan manusia
  • STAIL

Gajet moden ubah kehidupan manusia

Utusan Sarawak 5 years ago
TELEFON pintar.

Telefon pintar, tablet dan komputer mengubah cara manusia berinteraksi dan berfikir.

Dengan hanya satu klik di hujung jari, jarak dan tempat tidak lagi menjadi batu penghalang untuk terus kekal berhubung.

Penggunaan teknologi moden dan media sosial juga telah mengubah perkembangan anak-anak.

Jika dahulu, gadjet dan teknologi moden ini hanya dikenali ketika usia dewasa tetapi kini penggunaannya daripada usia bayi lagi.

Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk ibu bapa mengetahui kesan penggunaan teknologi moden ini kepada perkembangan mental anak-anak.

Statistik menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan peningkatan penggunaan telefon pintar.

Telefon pintar mungkin bukan satu-satunya faktor penyumbang kepada masalah ini, tetapi boleh meningkatkan risikonya.

Antara  dilema yang dihadapi oleh golongan ini ialah masalah tidur. Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng. Secara purata, mereka menghantar 34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur.

Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dengan lampu daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai tidur nyenyak.

Memandangkan kitaran tidur atau jaga tidak dapat membezakan cahaya matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut boleh mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur.

Penggunaan gajet menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan jam yang mereka perlukan.

Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja seperti mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik.

Dalam pada itu, risiko tekanan darah tinggi, diabetis, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.

Dilema kedua yang dihadapi ialah kemurungan facebook. Ini merujuk kepada fenomena akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosial.

Selain remaja, orang dewasa normal turut berisiko mengalami masalah kepuasan hidup jika menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial.

Ilusi kesempurnaan hidup yang dipamerkan menyebabkan masing-masing berasa tidak memenuhi jangkaan hidup sehingga menyebabkan remaja itu  mempunyai masalah keyakinan diri.

Dalam pada itu, dilema ketiga ialah sindrom swafoto.

Menurut satu kajian kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media.

Disebabkan itu remaja terus berusaha mempamerkan imej diri mereka yang terbaik melalui swafoto, menambahkan lagi masalah narsisisme.

Di samping keinginan untuk swafoto ‘sempurna’, mereka juga boleh terjebak dalam menghantar swafoto bogel  kepada seseorang atau menerima foto seksual daripada seseorang.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tiada istilah terlambat untuk menuntut ilmu
Next: Putu Kacang Hijau kuih kegemaran sepanjang zaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.