Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gajah kesayangan Myanmar Momo sambut ulang tahun ke-72
  • GLOBAL

Gajah kesayangan Myanmar Momo sambut ulang tahun ke-72

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAJAH kesayangan Myanmar, Momo, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-72 dengan pesta meriah selama tiga hari dari 24 hingga 26 Oktober di Taman Zoologi Yangon.

YANGON: Gajah kesayangan Myanmar, Momo, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-72 dengan pesta meriah selama tiga hari dari 24 hingga 26 Oktober di Taman Zoologi Yangon, lapor Xinhua.

Acara utama termasuk upacara memotong kek buah yang diadakan pada Ahad, menarik kehadiran ramai pengunjung.

“Momo tiba di Taman Zoologi Yangon pada 1961 ketika berusia tujuh tahun. Selama beberapa dekad, ia telah menceriakan generasi pengunjung dengan kebolehannya menari dan bertindak balas apabila namanya dipanggil,” kata pengurus operasi zoo, Khin Maung Htwe.

“Kami memberikan Momo pemeriksaan kesihatan secara berkala dan menyediakan makanannya dengan teliti. Momo banyak berjasa kepada zoo kami. Ia pernah membuat persembahan dalam pertunjukan tarian gajah sehingga 2013, ketika berusia 60 tahun,” katanya.

“Sejak itu, kami meraikan hari lahirnya setiap tahun bagi menghargainya dan meningkatkan kesedaran mengenai gajah. Momo ialah bintang taman kami dan amat disayangi para pengunjung,” tambahnya.

Sambutan itu turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh penjaga zoo, persembahan secara langsung, pertunjukan silap mata, permainan serta pesta ria.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 100 penyiasat untuk kes rompakan Muzium Louvre – Pendakwa Raya
Next: Polis Perancis tahan dua suspek kes rompakan permata di Muzium Louvre

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.