Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Gagal temui petunjuk, operasi SAR di Sungai Paloh ditangguh sementara waktu
  • KEMALANGAN

Gagal temui petunjuk, operasi SAR di Sungai Paloh ditangguh sementara waktu

Utusan Sarawak 2 months ago

TANJUNG MANIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspres di muara Sungai Paloh pada Sabtu lalu ditangguhkan sementara waktu dan akan diaktifkan semula sekiranya terdapat penemuan baru atau terdapat petunjuk mengenai mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata ia adalah hasil perbincangan bersama agensi yang terlibat termasuk ahli keluarga mangsa.

“Pada 2.18 petang tadi, radius pencarian di perluaskan ke 11 kilometer (km) dari lokasi mangsa dikhuatiri jatuh dengan menyusuri Sungai Kedang dan Sungai Baun dengan menggunakan konsep pencarian di permukaan air namun masih tiada tanda-tanda mangsa dijumpai.

“Pada 3.00 petang, pasukan SAR bersama agensi terlibat dan orang kampung, ahli keluarga mangsa yang terlibat operasi SAR mendapat arahan berkumpul di jeti Kampung Paloh.

“Pada 4.14 petang, hasil perbincangan bersama agensi yang terlibat termasuk ahli keluarga mangsa dan telah bersetuju operasi SAR ditangguhkan buat sementara waktu dan akan diaktifkan semula sekiranya terdapat penemuan baru atau terdapat petunjuk mengenai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspress di Muara Sungai Paloh.

Setakat berita ditulis, mangsa masih belum ditemui.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kesan lelaki jatuh dari bot ekspres masuk hari kelima guna teknik pencarian di permukaan air
Next: Seorang maut, tiga cedera nahas dua kenderaan di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Ladang 3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.