Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Gagal patuhi syarat parol, lelaki dipenjara lima bulan di Miri
  • MAHKAMAH

Gagal patuhi syarat parol, lelaki dipenjara lima bulan di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Miri selepas mengaku bersalah kerana gagal mematuhi syarat pelepasan secara lesen (parol). Foto hiasan

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana gagal mematuhi syarat pelepasan secara lesen (parol).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(4) Akta Penjara 1995 kerana melanggar syarat Lesen Pelepasan Banduan yang diberikan kepadanya.

Laporan berhubung pelanggaran syarat itu dibuat oleh Penolong Pegawai Parol Daerah Miri pada 14 November 2025 sebelum siasatan dijalankan oleh polis.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berstatus Orang Bebas Berlesen (OBB) dibebaskan menerusi Perintah Pelepasan Secara Lesen di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1995 bagi tempoh lapan bulan dua hari, bermula 10 April hingga 12 November 2025.

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh pelepasan, tertuduh gagal hadir ke Pejabat Parol Daerah Miri untuk urusan pengesahan pembebasan melalui cap jari seperti yang disyaratkan, sekali gus melanggar syarat pelepasannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee, menerusi hantaran di Facebook menasihatkan semua Orang Yang Diparol (OYP) supaya menghargai peluang yang diberikan untuk kembali ke pangkuan masyarakat lebih awal daripada tempoh hukuman penjara sebenar dengan mematuhi semua syarat pelepasan serta undang-undang negara.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri atau balai polis berhampiran bagi membantu pihak berkuasa memastikan undang-undang terus dipatuhi.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Bekas pengurus Petronas pernah mohon kerja di Petros sebelum didakwa dedah maklumat sulit
Next: Mahkamah Rayuan kekal hukuman 30 tahun penjara, 12 sebatan dua pengedar syabu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.