Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Gagal bayar denda RM10,000, lelaki dipenjara setahun atas kes khianat
  • MAHKAMAH

Gagal bayar denda RM10,000, lelaki dipenjara setahun atas kes khianat

Utusan Sarawak 15 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakan pintu sebuah kenderaan pacuan empat roda, 6 Jun lepas. 

Majistret Romario Jonoi menjatuhkan hukuman itu setelah mendengar serta menerima pengakuan bersalah tertuduh yang dikenali sebagai Yap Ching Wee, 53, bagi pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. 

Sabit kesalahan di bawah Seksyen 427 ini boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Yap didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan khianat dengan merosakan kunci pintu sebelah pemandu sebuah kenderaan pacuan di tempat parkir pusat komersil di Jalan Wong King Huo pada 6 Jun lepas, sekitar 11.14 pagi.

Mengikut fakta kes, pada 6 Jun lepas, sekitar 9.00 malam, pengadu telah meletakkan kenderaan Toyota Hilux milik syarikat di Aras 1 sebuah pusat komersil di Jalan Wong King Huo.

Pada keesokan harinya, pengadu mendapati kunci pintu sebelah pemandu telah dirosakan dan apabila pengadu meneliti rakaman kamera litar tertutup, dua lelaki tidak dikenali telah merosakan kunci pintu kenderaan terbabit.

Pada 1 Julai lalu, sekitar 10.00 pagi, pihak polis telah menahan tertuduh di Lorong Tuanku Osman 2 bagi membantu siasatan. 

Hasil siasatan mendapati tertuduh berperanan membantu rakannya yang masih bebas dalam kes kecurian kenderaan.

Tertuduh dipercayai bertindak sebagai pemerhati dengan memantau keadaan sekeliling bagi memastikan situasi selamat, sementara rakannya menjalankan aktiviti mencuri kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, cubaan mereka gagal apabila penggera kenderaan pacuan empat roda milik pengadu berbunyi.

Namun begitu, tindakan tertuduh bersama rakan subahatnya yang merosakkan kunci pintu kenderaan tersebut telah menyebabkan pengadu mengalami kerugian sebanyak RM585.

Yap yang tidak diwakili peguam, gagal membayar dendanya dan diperintah menjalani hukuman penjara setahun. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Wanita didenda RM6,000, disenarai hitam lesen memandu di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.