Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Gagal bayar denda, lelaki dipenjara lima bulan di Betong kerana halang penjawat awam
  • JENAYAH

Gagal bayar denda, lelaki dipenjara lima bulan di Betong kerana halang penjawat awam

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

BETONG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Betong semalam atas pertuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Tertuduh yang mengaku bersalah dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara lima bulan oleh Majistret Nurul Intan Fareena Zainal Abidin.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada 8 November 2025 sekitar 11.19 pagi di sebuah premis makanan di Gerai Majlis, Pekan Pusa.

Ketika itu, sepasukan penguat kuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Saratok sedang menjalankan operasi di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Tertuduh dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(2) Jadual Pertama, Perenggan 3, No.4 akta sama kerana merokok di kawasan larangan tempat makan.

Namun, apabila diminta memberikan butiran diri bagi tujuan pengeluaran Notis Kompaun, tertuduh enggan memberi kerjasama, tidak menyerahkan kad pengenalan, dan kemudiannya melarikan diri daripada pasukan penguat kuasa.

Insiden itu dirakam melalui kamera badan (Body-Worn Camera) yang digunakan oleh salah seorang pegawai penguat kuasa PKD Saratok.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Betong pada 9 November lalu, dan siasatan dijalankan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Betong, SM Addrie Ambrose.

Susulan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam menjalankan tugas yang sah.

Oleh kerana gagal membayar denda, tertuduh telah dihantar ke Penjara Sri Aman untuk menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farhan Mohd Pauzi.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi, serta menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama sepenuhnya semasa operasi dijalankan demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Selangau
Next: Tidak serik, lelaki dengan tujuh rekod lampau ditahan bersama syabu di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.