Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gagal bayar cukai RM15 juta, lelaki diisytiharkan bankrap
  • NASIONAL

Gagal bayar cukai RM15 juta, lelaki diisytiharkan bankrap

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Seorang individu diisytiharkan bankrap selepas gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM15 juta bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Perintah itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Sayyid Shah Abdullah, 51, selaku penghutang penghakiman, untuk menggantung prosiding kebankrapan yang difailkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai pemiutang penghakiman.

Peguam Hasil Qhistina Mohd Apandi, yang mewakili kerajaan, berkata prosiding kebankrapan itu difailkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 April 2022 yang membenarkan permohonan kerajaan untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Sayyid Shah berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM14,463,166.14 bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

“Tunggakan ini termasuk kenaikan cukai yang telah menjadi terhutang dan perlu dibayar kepada Kerajaan Malaysia. Prosiding kebankrapan ini dimulakan sejak 27 Januari 2023 melalui pemfailan notis kebankrapan dan berlarutan selama beberapa tahun susulan pelbagai permohonan yang difailkan.

“Akhirnya, mahkamah mengisytiharkan perintah kebankrapan terhadap Sayyid Shah,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, prosiding itu dijalankan di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norbert Liew Chee Vui, yang turut dihadiri peguam Lee Teong Hooi, mewakili Sayyid Shah.- Bernama

Continue Reading

Previous: Unit Hartanah Kenyalang raih kontrak reka bentuk, bina penjara Sibu bernilai RM275.3 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.