Gaduh pasal hasil jualan sayur

Facebook
WhatsApp
TANGKAP LAYAR.... paparan skrin rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di Tamu Muhibbah di Miri.

MIRI:Tular satu rakaman video yang menunjukkan seorang penjual sayur di Tamu Muhibbah di sini diserang sekumpulan lelaki dipercayai berpunca daripada hasil jualan sayur.

Video berdurasi satu minit 38 saat dimuat naik oleh pengguna laman sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang  lelaki tempatan yang mendakwa telah berselisih faham dengan sekumpulan lelaki dan seorang perempuan yang dikenali berpunca daripada hasil jualan sayur.

“Tujuan laporan polis dibuat kerana tidak mahu siasatan dijalankan oleh pihak polis dan telah diselesaikan dengan cara baik antaran satu sama lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Selain itu, Alexson  meminta orang ramai untuk sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing.

 “Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan  perlakuan ini, boleh  tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 atau balai polis berhampiran  di Daerah Miri,” katanya.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos