Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gadis 19 tahun mengaku bersalah peras ugut ibu kandung, buat helah konon diculik
  • TEMPATAN

Gadis 19 tahun mengaku bersalah peras ugut ibu kandung, buat helah konon diculik

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG wanita berusia 19 tahun yang merupakan pesalah muda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuching semalam atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap ibu kandungnya sendiri. Foto: Jabatan Siasatan Jenayah

PETRA JAYA: Perbuatan melampau seorang pesalah muda berusia 19 tahun yang sanggup memeras ugut ibu kandungnya sendiri akhirnya membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuching semalam.

​Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Jenayah menjelaskan, remaja perempuan berkenaan bertindak meletakkan ibu kandungnya dalam keadaan ketakutan dengan ancaman bunuh dan kecederaan parah demi mendapatkan sejumlah wang tunai.

​Dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan bulan lalu, tertuduh telah menghantar mesej pesanan ringkas kepada ibunya dengan mendakwa dirinya telah diculik. 

Bagi memastikan helah tersebut berjaya dan mangsa menyerahkan wang yang diminta, pesalah muda itu turut mengeluarkan ugutan bunuh serta mengancam akan menghantar gambar mayat kepada ibunya.

​Siasatan mendapati perbuatan khianat tersebut dilakukan oleh tertuduh ketika dia berada di sebuah premis yang terletak di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru, Johor pada 18 Jun lalu, sekitar jam 3.20 petang.

​Ekoran tindakan itu, pertuduhan telah dikemukakan mengikut Seksyen 387 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

​Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Kuching, Noorhisham Mohd Jaafar, pesalah muda tersebut memahami pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukannya.

​Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak berkaitan menyediakan laporan sosial tertuduh sebelum hukuman rasmi dijatuhkan. 

Sementara menunggu tarikh berkenaan, mahkamah memerintahkan agar pesalah muda itu ditahan reman di Penjara Puncak Borneo.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JTS perkasa kompetensi 300 warga kumpulan pelaksana menerusi Program Level Up
Next: APM Saratok musnahkan sarang penyengat lalat di Kampung Bunga Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.