Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Gabungan puisi, lagu hasilkan karya lebih mendalam – Nash
  • HIBURAN

Gabungan puisi, lagu hasilkan karya lebih mendalam – Nash

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NASH

KUALA LUMPUR: Gabungan puisi dan lagu bukan sahaja dapat menghasilkan karya sastera yang lebih mendalam dan bermakna tetapi turut mampu mencipta karya yang boleh memikat hati pendengar.
Pandangan itu dikongsikan penyanyi terkenal tanah air Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang melihat puisi dan lagu boleh menjadi sebuah karya yang hebat terutama dengan kekuatan muzik serta interpretasi penyanyi yang menyampaikan karya tersebut.


“Puisi merupakan medium seni yang mempunyai daya tarikan tersendiri, memainkan peranan penting dalam menyampaikan pemikiran, falsafah dan hasrat masyarakat.


“Lagu mungkin memiliki lirik yang mudah, tetapi kekuatan muzik dan interpretasi penyanyi mampu menjadikannya (lagu puisi) sebuah karya yang hebat,” katanya pada program Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) baru-baru ini.


Sementara itu, Presiden PEMUISI Datuk Radzuan Ibrahim berkata kehadiran tokoh luar bidang sastera sebagai tetamu khas dalam acara baca puisi anjuran PEMUISI boleh memasyarakatkan puisi serta memperkenalkan sastera kepada kelompok lebih luas.


“Kami mengundang tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang untuk bersama-sama mengembangkan sastera, khususnya puisi dalam kalangan mereka yang bukan daripada dunia penulisan,” katanya.
Penglibatan Nash dalam puisi katanya diharap dapat memberi impak positif, terutama kepada peminat lagu puisi dan mengembangkan lagi seni puisi serta muzik melalui kerjasama seperti konsert lagu puisi dan seminar.


Program anjuran PEMUISI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka itu turut menampilkan pemuisi veteran dan baharu termasuk Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Datuk Jasni Matlani, Datuk Chamil Wariya dan beberapa tokoh lain serta pelajar daripada Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kolej Islam Antarabangsa. — Bernama

Continue Reading

Previous: Magis legenda rock, Amy Search
Next: Halim Othman hidupkan nostalgia 90-an dalam filem Keluang Man

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.