Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gabungan KWB, SWB, LAKU di fasa terakhir
  • TEMPATAN

Gabungan KWB, SWB, LAKU di fasa terakhir

Utusan Sarawak 2 months ago
MERIAH… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Julaihi Narawi, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta yang lain merakam gambar kenangan semasa Rumah Terbuka Aidilfitri MUT Bersama Agensi 2025 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini berada pada fasa akhir proses penggabungan tiga agensi utiliti bekalan air, iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) sekali gus menjadi satu entiti tunggal yang lebih cekap dan tersusun.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata usaha penggabungan tersebut merupakan antara langkah strategik kerajaan Sarawak dalam memperkemas pengurusan bekalan air serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di seluruh negeri.

“Proses penyatuan ini kini hampir selesai dan dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang Jun akan datang.

“Nama entiti baharu juga telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Bersama Agensi 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) belum terlibat dalam penyatuan tersebut buat masa ini.

Langkah itu adalah selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak bagi menyediakan sistem bekalan air yang lebih efisien, khususnya bagi memastikan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar menerima perkhidmatan yang seragam dan berkualiti.

HADIR… Ketibaan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari disambut oleh Dato Sri Julaihi Narawi semasa tiba di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MUT Bersama Agensi 2025 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

Dalam perkembangan berkaitan, Julaihi turut memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak kini memegang kepentingan majoriti dalam SACOFA Sdn. Bhd. melalui syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri, SFS Incorporated.

Dengan pegangan melebihi 51 peratus, SACOFA kini merupakan agensi milik penuh kerajaan negeri, yang membolehkan syarikat tersebut memainkan peranan lebih besar dalam memperluas liputan infrastruktur telekomunikasi, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta barisan menteri kabinet negeri dan tetamu kehormat lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kakitangan kerajaan digesa terus beri perkhidmatan terbaik
Next: Fadillah meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Stakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.