Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • G-PDRM Cycling Team juara Perlumbaan Jalan Raya DBKU 3.0
  • SUKAN

G-PDRM Cycling Team juara Perlumbaan Jalan Raya DBKU 3.0

Utusan Sarawak 3 days ago
PENYAMPAIAN hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pasukan G-PDRM Cycling Team muncul juara kategori berpasukan Perlumbaan Jalan Raya DBKU 3.0 yang melabuhkan tirainya di Bukit Siol, hari ini.

Pasukan itu dinobatkan Juara Berpasukan selepas melakukan catatan masa terpantas keseluruhan 08:41:55 untuk merangkul wang tunai RM3,000.

Tugau Vaie Elite Team di kedudukan kedua dengan catatan masa 08:46:11 bagi membawa pulang RM2,000.

Sementara itu, pasukan Ghost Speed Racing Team A menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 08:56:29, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman.

Saingan sejauh 126 kilometer itu turut menyaksikan pelumba negara dari pasukan G-PDRM, Muhammad Ameer Ahmad Kamal, muncul juara keseluruhan Individu Terbaik dengan masa 02:52:50, selain menambah gelaran Raja Bukit.

Tempat kedua Individu Terbaik dimenangi Mohd Nor Umardi Rosdi, manakala Muhammad Ameen Ahmad Kamal menamatkan saingan di tempat ketiga.

Bagi kategori lain, Azrul Aiman Abu Seli dinobatkan sebagai Juara Junior dengan catatan masa 02:54:47, manakala Laurel Lauridsen Adrian meraih gelaran Raja Pecut.

Penganjuran Perlumbaan Jalan Raya DBKU 3.0, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,650, bukan sahaja menyerlahkan dominasi pasukan profesional, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu serta mengangkat nama Kuching sebagai lokasi perlumbaan berbasikal berprestij. – UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lebih 700 peserta sertai Karnival Sukan SABERKAS Zon Tengah 2025 di Sibu
Next: Piala Asia Wanita: Speedy Tigress belasah Taiwan 11-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.