Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FVPEsports jadi wakil sulung S’wak
  • SUKAN

FVPEsports jadi wakil sulung S’wak

Utusan Sarawak 4 years ago

PASUKAN FVPEsports akan menjadi satu-satunya wakil Sarawak yang akan bertanding dalam Kejohanan FIFA21 PS4 Siri Terbuka yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mac.

Pengurus pasukan FVPEsports, Syazwan Heikle Bakry berkata, bahawa FVPEsports mendapat jemputan prodesional untuk menyertai kejohanan ini melalui Liga Sukan Elektronik (ESL) Malaysia dan juara akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Asia.

“Kita sangat bertuah kerana menerima jemputan ESL untuk menyertai kejohanan berprestij ini yang mana ESL hanya menjemput enam pasukan professional dalam Malaysia yang layak untuk bertanding.

“Melalui kejohanan ini, FVPEsports semestinya akan menimba pengalaman untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi dan tidak akan sia-siakan peluang untuk maju ke hadapan selain membawa nama Sarawak untuk menjadi pasukan yang digeruni,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut Syazwan, pemain pasukan FVPEsports akan diwakili oleh tiga pemain utama iaitu Aidil Afiz, Mohammad Afiq Aqmar dan Arish Syameer yang mana ketiga-tiga ini sudah menjalani persiapan untuk bertanding dalam beberapa kejohanan di Malaysia.

Beliau juga sudah memaklumkan mengenai kejohanan tersebut kepada pihak Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) dan mendapat sokongan penuh untuk mewakili Sarawak.

Peminat E-sukan boleh menyaksikan kejohanan ini yang akan disiarkan secara langsung pada 22-28 Mac ini di Facebook ESL Malaysia.

Oleh ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: Masih cari keserasian
Next: Laungkan amaran awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.