Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Futsal Piala YB Datuk Mohd Razi Sitam Edisi Ketujuh catat sejarah penyertaan antarabangsa
  • SUKAN

Futsal Piala YB Datuk Mohd Razi Sitam Edisi Ketujuh catat sejarah penyertaan antarabangsa

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada wakil Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan penyertaan khas dari Indonesia, menjadikan edisi kali ini lebih berprestij serta berdaya saing. Foto: MTMA

DEBAK: Kejohanan Futsal Piala YB Datuk Mohd Razi Sitam Edisi Ketujuh mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya menarik penyertaan pasukan antarabangsa, sekali gus memecah rekod penganjuran sejak diperkenalkan.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok disertai sebanyak 32 pasukan dari seluruh negara serta luar negara.

Antara pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada wakil Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan penyertaan khas dari Indonesia, menjadikan edisi kali ini lebih berprestij serta berdaya saing.

Sepak mula kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam.

DATUK Mohammad Razi Sitam menyempurnakan sepak mula kejohanan tersebut di Pusat Sukan Riveria Debak, hari ini. Foto: MTMA

Dalam ucapannya, Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menyambut baik penganjuran kejohanan berkenaan dan menyifatkannya sebagai platform penting dalam usaha mencungkil bakat belia dalam bidang sukan, khususnya futsal.

Menurut beliau, penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan, malah mampu melatih golongan belia dalam aspek kepimpinan, pengurusan serta penganjuran program.

Usaha ini katanya secara tidak langsung membentuk jati diri, disiplin dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Sementara itu, Pengerusi Penganjuran, Zahary Mansor berkata sambutan yang diterima pada edisi kali ini amat memberangsangkan, khususnya dengan penyertaan pasukan dari luar negeri dan luar negara.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, terutamanya kepada ADUN Saribas atas sokongan dan keprihatinan berterusan terhadap pembangunan sukan dan belia di kawasan Saribas.

Dari segi ganjaran, kejohanan ini menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang, dengan juara membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala dan pingat. Naib juara pula menerima RM3,000 berserta piala dan pingat, manakala tempat ketiga bersama menerima RM1,000 berserta piala dan pingat.

Edisi ketujuh kejohanan ini dianjurkan oleh Frenz FT, Haqi Bangsawan dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKID) dengan sokongan padu pelbagai pihak dalam memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran program sukan berprestij ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada pasangan Thailand, gagal ke final
Next: Sukan SEA: Ze Zeng tuai emas luncur ais

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.