Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka Kabong bakal berlangsung 14 Jun depan
  • SUKAN

Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka Kabong bakal berlangsung 14 Jun depan

Utusan Sarawak 14 hours ago
FUTSAL Gawai Raya Lelaki Terbuka Kabong 2025. -Foto Saberkas Kabong

KABONG: Kemeriahan sambutan Gawai Raya bakal diserikan lagi dengan penganjuran Pertandingan Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka Kabong 2025 yang akan berlangsung pada 14 Jun ini.

Acara ini merupakan hasil inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong bersama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.40 Kabong serta kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kabong.

Menurut Pegawai Khas Pusat Khidmat ADUN Kabong, Nur Elfie Amir berkata pertandingan akan diadakan di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Ebon, Lubok Pisang Kabong dan penyertaan hanya dibuka kepada 16 pasukan terawal sahaja.

“Majlis penangguhan pertandingan dijangka akan disempurnakan oleh ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir,” katanya.

Hadiah lumayan menanti johan yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, diikuti naib johan RM1,000, tempat ketiga RM700, dan tempat keempat RM400, selain piala dan pingat sebagai penghargaan.

Setiap pasukan yang ingin menyertai dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM100 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Jun, jam 3.00 petang. Selepas itu, sesi cabutan undi dan taklimat akan diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan serta maklumat lanjut dengan menghubungi Nur Elfie Amir di talian 012-2939624 atau Mohamad Firdaus Shamsudin di 011-31830142.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik lonjak ke kedudukan ketiga dunia
Next: 36 peserta sertai Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.